Ciyanz’s Weblog

Asas-asas Forex

Asas Support & Resistance

Sila lihat gambar rajah di bawah:

Ini adalah contoh graf sebenar yang saya cut dan paste daripada salah satu platform broker.  Sila lihat bentuk graf tersebut baik-baik. Seterusnya sila lihat contoh gambar rajah berikut:

Setelah kita plotkan garisan pada graf kita akan dapat satu bentuk garisan zigzag. Ini merupakan asas kepada chart forex. Titik-titik A, C dan E dikenali sebagai titik support. Manakala puncak yang ditandakan dengan titik B, D dan F merupakan titik resistance. Saya ringkaskan penerangan ini melalui gambarajah di bawah:

Lihat kaitan di antara titik support dan resistance di dalam graf ini.Graf ini menunjukkan pasaran dalam keadaan downtrend. Ketika downtrend perhatikan graf tidak akan dapat menembusi titik resistance sebelumnya. Contohnya puncak D tidak dapat menembusi puncak B. Begitu juga puncak F tidak akan dapat menembusi puncak D. Inilah yang menyebabkan keadaan downtrend berlaku.

Sila lihat gambar rajah untuk keadaan uptrend:

 

Perhatikan keadaan sebaliknya berlaku ketika pasaran berada dalam keadaan uptrend. Titik support sebelumnya tidak dapat ditembusi oleh titik support selepasnya. Keadaan ini yang menyebabkan keadaan uptrend berlaku.

Walaupun begitu biasa terjadi keadaan di mana titik resistance atau titik support berjaya ditembusi oleh titik support dan resistance selepasnya. Sekiranya ini berlaku kemungkinan perubahan trend akan berlaku. Ini akan kita bincangkan dengan lebih detail di masa akan datang.

July 9, 2008 Posted by | Support & Resistance | Leave a Comment

Inverted Hammer & Shooting Star

Sebenarnya kedua-dua candle ini sama sahaja seperti hammer dan hangging man. Konsep yang sama cuma bentuk yang berbeza. Sila lihat gambarajah di bawah:

Inverted Hammer

Shooting Star

 

 

Nampak kan persamaannya. Inverted hammer ni merupakan signal ataupun tanda-tanda kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend. Manakala shooting star pula merupakan tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.

Kenapa inverted hammer boleh berlaku? Ini kerana pada masa ini BUYER telah mula menguasai pasaran. Walau bagaimanapun SELLER berusaha untuk mengambil alih pasaran. Tetapi akhirnya BUYER tetap berjaya mendahului pasaran pada masa-masa akhir sebelum candle yang baru muncul.

Kenapa shoooting star boleh berlaku? Kisahnya adalah berlawanan dengan di atas. Yang mana pada mulanya SELLER telah berjaya menguasai pasaran tetapi cuba di ambil alih oleh BUYER tetapi akhirnya pada masa-masa akhir SELLER berjaya menguasai pasaran sebelum candle baru muncul.

July 9, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Hammer & Hanging Man

Hammer dan Hanging Man mempunyai bentuk yang agak sama tetapi keadaan yang berbeza. Biasanya Hammer dan Hanging Man mempunyai body yang kecil dan lower shadow yang panjang. Manakala Upper Shadow sangat pendek ataupun tidak kelihatan langsung. Lihat gambar rajah di bawah:

Hammer

Hanging Man

Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh membezakan di antara Hammer dan Hanging Man. Sekiranya Hammer muncul semasa downtrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada uptrend. Sebaliknya sekiranya Hanging Man muncul semasa uptrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada donwtrend.

July 7, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Doji

Bentuk-bentuk doji:

Doji ini terjadi disebabkan open price dan close price mempunyai harga pasaran yang sama dalam tempoh masa tertentu. Dalam keadaan ini BUYER dan SELLER tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Kedua-dua saling bersaing menyebabkan harga pasaran turun dan naik tetapi akhirnya kembali semula pada harga open price. Terdapat beberapa perhatian yang perlu diambil sekiranya doji muncul dalam chart.

Perhatikan gambarajah di bawah:

Sekiranya doji muncul selepas candlelistick putih (kosong) yang panjang ia mengambarkan keadaan BUYER yang sudah semakin kurang. Bagi meneruskan trend (uptrend) lebih banyak buyer diperlukan malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Dalam keadaan ini berkemungkinan SELLER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.

Perhatikan pula gambarajah di bawah:

Sekiranya doji muncul selepas long black candlestick mengambarkan keadaan SELLER yang semakin berkurangan dan untuk meneruskan trend (downtrend) lebih ramai SELLER diperlukan. Walau bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Berkemungkinan BUYER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.

July 7, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Marubozu

White Marubozu bermaksud harga tertinggi (High price) adalah sama dengan close price manakala harga terendah (low price) adalah sama dengan Open price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh BUYER.  Ini merupakan signal ataupun petanda kuat yang menunjukkan bahawa trend market akan terus berada dalam keadaan uptrend ataupun berubah kepada uptrend. 

Black Marubozu pula bermaksud harga tertinggi adalah sama dengan open price dan harga terendah sama dengan close price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh SELLER. Ini pula merupakan signal atau petanda kuat yang menunjukkan arah trend akan berterusan downtrend ataupun bertukar kepada downtrend.

 

 

 

 

July 6, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Spinning Tops

 

Bentuk candlesticks di atas dikenali sebagai Spinning Tops. Di mana dalam keadaan ini candlestick mempunyai body yang kecil. Situasi ini mengambarkan kekurangan aktiviti BUYER dan juga SELLER. Warna di dalam body adalah diabaikan. Sekiranya candlestick jenis ini keluar semasa trend pasaran adalah uptrend (BUY) maka berkemungkinan trend pasaran akan berubah kepada downtrend (SELL). Ini disebabkan keadaan aktiviti BUYER yang telah berkurangan. Dan sebaliknya sekiranya candlestick ini keluar semasa trend pasaran downtrend maka berkemungkinan arah pasaran akan berubah kepada uptrend.

July 6, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Candlesticks

Candlesticks Bar:

Candlestick merupakan salah satu kaedah yang sangat digemari oleh ramai trader. Ini kerana candlestick memberikan banyak informasi berguna kepada trader. Antara informasi-informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah:

Real Body:

- sekiranya real body kosong (tidak berwarna) ini bermaksud close price adalah lebih tinggi berbanding open price. (BUY – Bullish)

- Real body yang berwarna hitam pula bermaksud close price adalah lebih rendah berbanding open price.  (SELL – Bearish)

- High pula merupakan harga pasaran tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.

- Low pula merupakan harga pasaran terendah yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.

- Open merupakan harga pasaran dibuka.

- Close pula merupakan harga pasaran ditutup.

- Satu lagi informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah informasi melalui Upper Shadow dan juga Lower Shadow. Ini akan kita bicangkan selepas ini.

Bentuk-bentuk body:

Terdapat bermacam-macam bentuk body candlestick. Ada yang panjang dan juga pendek. Bentuk-bentuk ini juga memberikan beberapa informasi penting:

- Bentuk body yang panjang dan kosong (tidak berwarna) bermaksud keadaan pasaran adalah lebih kepada Buyer. Semakin panjang body maka semakin jauh close price berada di atas open price.

- Bentuk body yang panjang dan berisi (hitam) bermaksud keadaan pasaran lebih kepada seller. Semakin panjang body candlestick semakin jauh close price berada di bawah open price.

- Bentuk body candlestick yang pendek sama ada kosong atau berisi pula bermaksud jumlah buyer dan seller yang kurang aktif ataupun sedikit.

Bentuk-bentuk Shadow (Upper & Lower):

Upper shadow dan lower shodow juga mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Ada yang pendek dan ada yang panjang. Semua ini juga membawa beberapa maksud yang tersendiri.

- Shadow yang panjang menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu berada jauh diatas ataupun dibawah daripada nilai open price dan juga close price.

- Shadow yang pendek pula menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu sentiasa berada di sekitar nilai open price dan juga close price.

Perhatikan gambar rajah dibawah:

- Sekiranya candlestick mempunyai Upper shadow yang panjang dan Lower shadow yang pendek, bermaksud pada mulanya harga pasaran adalah lebih kepada buyer dan telah berada jauh berada di atas open price walau bagaimanapun di sebabkan oleh situasi-situasi tertentu harga pasaran telah ditolak kembali oleh Seller dan menyebabkan close price berada di bawah open price.

- Sekiranya Candlestick mempunyai Upper Shadow yang pendek dan Lower shadow yang panjang bermaksud, pada mulanya harga pasaran lebih kepada Seller dan berada jauh di bawah open price tetapi disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu menyebabkan harga ditolak kembali oleh Buyer dan seterusnya menyebabkan harga ditutup (close price) di atas open price.

July 6, 2008 Posted by | Candlestick | Leave a Comment

Jenis-Jenis Chart

Terdapat 3 jenis Chart yang sering diguna pakai oleh trader iaitu:

1. Line Chart

2. Bar Chart

3. Candlestick Charts

Line Chart:

Merupakan chart yang paling simple. Hanya merujuk kepada close price sesebuah matawang. Chart dibina berdasarkan close price market kepada close price market untuk masa tertentu.

Contoh Line Chart:

Bar Chart:

Lebih kurang dengan line chart cuma ditambah dengan beberapa informasi seperti open price, high price, low price dan juga close price. Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.

Contoh Chart penuh untuk Bar Chart:

Candlestick Charts:

Merupakan chart yang paling digemari oleh ramai trader. Ini kerana terlalu banyak informasi yang boleh diperoehi melalui chart jenis ini.

Secara asasnya istilah adalah sama seperti Bar chart iaitu Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.

Warna body pada setiap bar juga membawa maksud yang tertentu. Sekiranya body untuk setiap bar adalah kosong ia bermaksud close price adalah lebih tinggi daripada open price. Manakala sekiranya body berwarna hitam ia bermaksud close price lebih rendah berbanding open price.

Contoh  Candlesticks Chart:

Candlestick Chart akan kita bincangkan secara lebih detail di masa akan datang.

July 6, 2008 Posted by | Analisis Trend Pasaran | Leave a Comment

Jenis Trading Terbaik

Sesetengah trader mengatakan bahawa analisis pasaran harga matawang mengunakan fundamental analysis adalah lebih baik kerana  berita-berita ekonomi yang sebenarnya mempengaruhi harga pasaran matawang dunia dan tiada kaitan langsung dengan trend pada chart. Manakala sebahagian trader pula mengatakan yang trend pada chart lebih tepat kerana kebanyakkan trader melakukan trade berdasarkan pergerakkan harga pada chart. Ini sekaligus akan mempengaruhi harga pasaran matawang dunia.

Walau bagaimanapun, sebenarnya kedua-dua jenis analysis ini adalah penting. Trader yang baik akan mengambil kira kedua-dua kaedah. Contohnya seorang trader telah menemui trend harga pasaran untuk pair matawang tertentu. Bagi mengukuhkan lagi trend tersebut ia akan merujuk pada berita-berita melibatkan matawang yang ingin diniagakan. Trader tersebut hanya kan trade berdasarkan trend yang ditemui sekiranya trend tersebut diakui oleh berita ekonomi daripada negara terbabit. Ataupun setiap kali ingin melakukan trade seorang trader akan membaca setiap berita ekonomi untuk pasaran harga matawang yang ingin diurusniagakan. Selepas itu berdasarkan berita-berita tersebut trader akan mencari trend pasaran untuk mana-mana pair yang berkaitan.

July 6, 2008 Posted by | Analisis Trend Pasaran | Leave a Comment

Jenis-Jenis Trading

Terdapat 2 jenis kaedah yang sering diguna pakai oleh trader seluruh dunia untuk menganalisis pasaran forex iaitu:

1. Fundamental Analysis

2. Technical Analysis

Fundamental Analysis ialah kaedah menganalisis pasaran matawang mengunakan berita-berita yang melibatkan ekonomi sesebuah negara. Contohnya matawang U.S telah mengalami kekuatan dan kukuh berbanding matawang lain. Seterusnya dengan peningkatan tersebut negara US telah mengambil inisiatif untuk mengawal kadar inflasi. Keadaan ini telah menjadikan matawang US semakin kukuh untuk jangka masa tertentu. Berdasarkan berita ini trader mengambil keputusan untuk BUY matawang USD berbanding matawang lain.

Secara kesimpulan:

Berita-berita yang baik daripada sesebuah negara akan mengalakkan peningkatan ekonomi sesebuah negara dan menjadikan matawang negara tersebut semakin kukuh berbanding matawang-matawang lain.

dan sebaliknya berita-berita yang kurang baik akan menyebabkan ekonomi sesebuah negara turun dan menyebabkan matawang negara tersebut turun berbanding matawang negara lain.

Technical Analysis pula merupakan kaedah menganalisis pasaran matawang melalui pergerakan harga matawang sebelumnya. Biasanya semua data-data ini dikumpulkan dan dibuat dalam bentuk graf bagi memudahkan analisis. Dengan menggunakan kaedah tertentu, pergerakan harga pasaran boleh diketahui berdasarkan harga pasaran sebelumnya. Perkara yang paling penting melalui kaedah ini ialah penentuan trend pasaran. Keuntungan boleh dicapai sekiranya trader membuka posisi trade mengikut trend pasaran.

July 6, 2008 Posted by | Analisis Trend Pasaran | Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.