Asas Support & Resistance
Sila lihat gambar rajah di bawah:
Ini adalah contoh graf sebenar yang saya cut dan paste daripada salah satu platform broker. Sila lihat bentuk graf tersebut baik-baik. Seterusnya sila lihat contoh gambar rajah berikut:

Setelah kita plotkan garisan pada graf kita akan dapat satu bentuk garisan zigzag. Ini merupakan asas kepada chart forex. Titik-titik A, C dan E dikenali sebagai titik support. Manakala puncak yang ditandakan dengan titik B, D dan F merupakan titik resistance. Saya ringkaskan penerangan ini melalui gambarajah di bawah:
Lihat kaitan di antara titik support dan resistance di dalam graf ini.Graf ini menunjukkan pasaran dalam keadaan downtrend. Ketika downtrend perhatikan graf tidak akan dapat menembusi titik resistance sebelumnya. Contohnya puncak D tidak dapat menembusi puncak B. Begitu juga puncak F tidak akan dapat menembusi puncak D. Inilah yang menyebabkan keadaan downtrend berlaku.
Sila lihat gambar rajah untuk keadaan uptrend:
Perhatikan keadaan sebaliknya berlaku ketika pasaran berada dalam keadaan uptrend. Titik support sebelumnya tidak dapat ditembusi oleh titik support selepasnya. Keadaan ini yang menyebabkan keadaan uptrend berlaku.
Walaupun begitu biasa terjadi keadaan di mana titik resistance atau titik support berjaya ditembusi oleh titik support dan resistance selepasnya. Sekiranya ini berlaku kemungkinan perubahan trend akan berlaku. Ini akan kita bincangkan dengan lebih detail di masa akan datang.
Inverted Hammer & Shooting Star
Sebenarnya kedua-dua candle ini sama sahaja seperti hammer dan hangging man. Konsep yang sama cuma bentuk yang berbeza. Sila lihat gambarajah di bawah:
Inverted Hammer

Shooting Star
Nampak kan persamaannya. Inverted hammer ni merupakan signal ataupun tanda-tanda kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend. Manakala shooting star pula merupakan tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.
Kenapa inverted hammer boleh berlaku? Ini kerana pada masa ini BUYER telah mula menguasai pasaran. Walau bagaimanapun SELLER berusaha untuk mengambil alih pasaran. Tetapi akhirnya BUYER tetap berjaya mendahului pasaran pada masa-masa akhir sebelum candle yang baru muncul.
Kenapa shoooting star boleh berlaku? Kisahnya adalah berlawanan dengan di atas. Yang mana pada mulanya SELLER telah berjaya menguasai pasaran tetapi cuba di ambil alih oleh BUYER tetapi akhirnya pada masa-masa akhir SELLER berjaya menguasai pasaran sebelum candle baru muncul.
-
Recent
-
Links
-
Archives
- July 2008 (28)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




