Jenis-Jenis Chart
Terdapat 3 jenis Chart yang sering diguna pakai oleh trader iaitu:
1. Line Chart
2. Bar Chart
3. Candlestick Charts
Line Chart:
Merupakan chart yang paling simple. Hanya merujuk kepada close price sesebuah matawang. Chart dibina berdasarkan close price market kepada close price market untuk masa tertentu.
Contoh Line Chart:
Bar Chart:
Lebih kurang dengan line chart cuma ditambah dengan beberapa informasi seperti open price, high price, low price dan juga close price. Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
Contoh Chart penuh untuk Bar Chart:
Candlestick Charts:
Merupakan chart yang paling digemari oleh ramai trader. Ini kerana terlalu banyak informasi yang boleh diperoehi melalui chart jenis ini.
Secara asasnya istilah adalah sama seperti Bar chart iaitu Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
Warna body pada setiap bar juga membawa maksud yang tertentu. Sekiranya body untuk setiap bar adalah kosong ia bermaksud close price adalah lebih tinggi daripada open price. Manakala sekiranya body berwarna hitam ia bermaksud close price lebih rendah berbanding open price.
Contoh Candlesticks Chart:
Candlestick Chart akan kita bincangkan secara lebih detail di masa akan datang.
Jenis Trading Terbaik
Sesetengah trader mengatakan bahawa analisis pasaran harga matawang mengunakan fundamental analysis adalah lebih baik kerana berita-berita ekonomi yang sebenarnya mempengaruhi harga pasaran matawang dunia dan tiada kaitan langsung dengan trend pada chart. Manakala sebahagian trader pula mengatakan yang trend pada chart lebih tepat kerana kebanyakkan trader melakukan trade berdasarkan pergerakkan harga pada chart. Ini sekaligus akan mempengaruhi harga pasaran matawang dunia.
Walau bagaimanapun, sebenarnya kedua-dua jenis analysis ini adalah penting. Trader yang baik akan mengambil kira kedua-dua kaedah. Contohnya seorang trader telah menemui trend harga pasaran untuk pair matawang tertentu. Bagi mengukuhkan lagi trend tersebut ia akan merujuk pada berita-berita melibatkan matawang yang ingin diniagakan. Trader tersebut hanya kan trade berdasarkan trend yang ditemui sekiranya trend tersebut diakui oleh berita ekonomi daripada negara terbabit. Ataupun setiap kali ingin melakukan trade seorang trader akan membaca setiap berita ekonomi untuk pasaran harga matawang yang ingin diurusniagakan. Selepas itu berdasarkan berita-berita tersebut trader akan mencari trend pasaran untuk mana-mana pair yang berkaitan.
Jenis-Jenis Trading
Terdapat 2 jenis kaedah yang sering diguna pakai oleh trader seluruh dunia untuk menganalisis pasaran forex iaitu:
1. Fundamental Analysis
2. Technical Analysis
Fundamental Analysis ialah kaedah menganalisis pasaran matawang mengunakan berita-berita yang melibatkan ekonomi sesebuah negara. Contohnya matawang U.S telah mengalami kekuatan dan kukuh berbanding matawang lain. Seterusnya dengan peningkatan tersebut negara US telah mengambil inisiatif untuk mengawal kadar inflasi. Keadaan ini telah menjadikan matawang US semakin kukuh untuk jangka masa tertentu. Berdasarkan berita ini trader mengambil keputusan untuk BUY matawang USD berbanding matawang lain.
Secara kesimpulan:
Berita-berita yang baik daripada sesebuah negara akan mengalakkan peningkatan ekonomi sesebuah negara dan menjadikan matawang negara tersebut semakin kukuh berbanding matawang-matawang lain.
dan sebaliknya berita-berita yang kurang baik akan menyebabkan ekonomi sesebuah negara turun dan menyebabkan matawang negara tersebut turun berbanding matawang negara lain.
Technical Analysis pula merupakan kaedah menganalisis pasaran matawang melalui pergerakan harga matawang sebelumnya. Biasanya semua data-data ini dikumpulkan dan dibuat dalam bentuk graf bagi memudahkan analisis. Dengan menggunakan kaedah tertentu, pergerakan harga pasaran boleh diketahui berdasarkan harga pasaran sebelumnya. Perkara yang paling penting melalui kaedah ini ialah penentuan trend pasaran. Keuntungan boleh dicapai sekiranya trader membuka posisi trade mengikut trend pasaran.
-
Recent
-
Links
-
Archives
- July 2008 (28)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




