Ciyanz’s Weblog

Asas-asas Forex

Arahan(Order) Urusniaga Forex

Arahan (Order) ini sebenarya merujuk kepada bagaimana kita membuka atau menutup trade yang kita hendak atau telah lakukan. Terdapat pelbagai arahan-arahan asas yang sering kali digunakan oleh kebanyakkan broker. Walau bagaimanapun setiap broker mempunyai kaedah arahan yang tersendiri. Oleh itu sila pastikan anda betul-betul memahami arahan yang digunapakai oleh pihak broker pilihan anda.

Arahan-arahan asas yang seringkali digunakan oleh kebanyakkan broker ialah:

Market Order:

Merujuk kepada arahan untuk buy / sell pada harga pasaran. Contohnya harga pasaran EUR/USD ialah 1.2135 dan anda ingin melakukan arahan buy pada masa ini. Dengan hanya klik pada butang BUY, platform broker anda akan melaksanakan arahan BUY dengan harga pasaran iaitu 1.2135.

Limit Order:

Ini merupakan arahan yang diguna pakai oleh trader untuk membuka posisi trade sekiranya harga pasaran mencapai nilai tertentu. Contohnya harga pasaran pada EUR/USD adalah 1.2135. Trader manjangkakan sekiranya harga pasaran mencapai 1.2155 nilai matawang EUR akan terus naik. Oleh itu trader bercadang akan melakukan arahan BUY hanya sekiranya harga pasaran mencapai 1.2155. Oleh itu trader perlu melaksanakan arahan Limit Order dengan meletakkan harga 1.2155. Selepas melaksanakan arahan Linit Order trader tidak perlu menunggu di depan komputer kerana apabila harga pasaran mencapai 1.2155 maka secara automatik satu posisi trade akan dibuka (open) pada harga tersebut.

Stop-Loss Order (SL):

Arahan ini biasanya digunakan oleh trader untuk menutup posisi trade secara automatik sekiranya trade yang dibuka telah mencapai nilai kerugian tertentu.

Target Point (TP):

Arahan ini biasanya digunakan untuk menutup posisi trade secara automatik sekiranya trade yang dibuka telah mencapai keuntungan tertentu. Contohnya abda membuka posisi trade dengan arahan BUY pada harga pasaran 1.2135. Target keuntungan anda ialah 50 pips. Oleh itu anda meletakkan arahan TP pada nilai 1.2135 +0.0050 = 1.2185. Apabila harga pasaran telah mencapai 1.2185 maka secara automatik posisi trade akan ditutup.

July 6, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Margin Call?

Margin call adalah situasi di mana pihak broker akan menutup sebahagian atau semua trade yang dibuka oleh trader disebabkan nilai wang dalam akaun telah susut sehingga mencapai tahap minimum yang dibenarkan oleh broker. Ini sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan akaun kita menjadi nilai negatif. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak broker agar tidak mengalami kerugian.

Contoh I:

Anda membuka akaun FOREX dengan deposit sebanyak $1000. Selepas itu anda membuka posisi trade dengan nilai 1 lot di mana 1 lot adalah bersamaan dengan $500 USD. Selepas anda membuka posisi tersebut margin anda adalah sebanyak $500 USD. Sekiranya anda mengalami kerugian dalam trade dan nilai kerugian mencapai atau melebihi $500 USD pihak broker secara automatic akan menutup trade tersebut. Ini dipanggil sebagai margin call.

Contoh II:

Anda membuka akaun mini FOREX sebanyak $50 USD. Selepas itu, anda membuka posisi trade dengan nilai 1 lot. 1 lot bagi mini akaun adalah bersamaan dengan $1 USD. Oleh itu anda mempunyai margin sebanyak $49 USD. Sekiranya trade anda mengalami kerugian dan nilai kerugian mencapai atau melebihi $49 USD pihak broker akan menutup posisi trade anda secara automatik.

Bagi mengelakkan situasi ini berlaku sentiasa pastikan anda meletakkan stop loss pada setiap trade yang dibuka. Ini akan kita bincangkan di masa akan datang.

July 6, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Leverage

laverage merupakan jumlah kawalan wang yang dibenarkan oleh broker kepada trader. Contohnya sekiranya laverage adalah 1:100 digunakan maka bagi mengawal $100000 nilai wang yang diperlukan oleh trader hanyalah $1000 sahaja. Oleh itu sekiranya trader mempunyai wang sebanyak $5000 jumlah wang yang dibenarkan untuk melakukan urusniaga adalah sebanyak $500000. Menarik bukan.

 

Oleh itu kesinambungan daripada cara mengira profit sebelum ini, dengan hanya menggunakan $1000 trader boleh memperolehi $137.40 sekiranya memperolehi keuntungan sebanyak 20 pips. Dan sebaliknya jika mengalami kerugian.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Kaedah untuk mengira keuntungan / kerugian

Lihat quote price untuk pasangan matawang berikut.

USD/CHF = 1.4525 / 1.4530.

Kita menganggarkan nilai matawang USD akan meningkat berbanding CHF. Oleh itu kita akan BUY USD dan SELL CHF.

Oleh kerana kita akan BUY USD iaitu BASE Currency dalam pair ini maka harga yang akan terlibat adalah 1.4530.  Katakan kita BUY USD menggunakan 1 lots untuk standard akaun iaitu $100000.

Beberapa ketika kemudian nilai USD meningkat kepada 1.4550 dan kita bercadang untuk menutup (close) posisi urusniaga.

Quote terbaru bagi pasangan ini ialah 1.4550 / 1.4555. Oleh kerana semasa kita membuka posisi trade kita melakukan urusniaga BUY maka semasa menutup akaun urus niaga yang terlibat ialah SELL. Oleh itu harga (price) yang telibat pada masa ini ialah 1.4550.

Nilai pips yang diperolehi ialah : 1.4550-1.4530 = 0.0020 bersamaan dengan pips.

Kaedah yang digunakan untuk mengira keuntungan ialah:

(0.0001/1.4550) x 100000 = 6.87 bermaksud setiap 1 pips mempunyai nilai $6.87

Oleh itu profit = 6.87 x 20 = $137.40

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Lots

Setiap pasaran forex diniagakan dalam bentuk lots.  Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan harga pasaran bagi sesuatu mata wang. Biasanya 1 lots bagi akaun forex standard bersamaan dengan $1000 manakala bagi mini akaun adalah sebanyak $50.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Pips?

Pergerakan nilai harga (price) pasangan matawang dikenali sebagai pips. Contohnya pergerakan harga pasaran EUR/USD daripada 1.2256 – 1.2257 adalah 1 pips. Nilai pips inilah yang menentukan sama ada pelaburan anda mencapai keuntungan ataupun kerugian.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Bid / Ask Spread?

Sekiranya anda perasan terdapat 2 harga (price) untuk setiap pasangan matawang yang diniagakan. Iaitu nilai harga untuk bid dan juga ask.

Bid price adalah harga sekiranya kita hendak membeli (BUY) mana-mana pasangan matawang.

Ask price pula merupakan harga sekiranya kita hendak menjual mana-mana pasangan matawang.

Kedua-dua nilai ini ditentukan oleh broker. Perbezaan kedua-dua price ini dikenali sebagai spread. Dan daripada perbezaan spread inilah broker mengambil keuntungan. Oleh itu, perbezaan spread untuk setiap broker adalah berlainan. Sekiranya hendak memilih mana-mana broker, perbezaan spread yang dikenakan oleh broker juga perlu diambil perhatian.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Long / Short ?

Dalam urus niaga forex anda perlu menentukan sama ada ingin melakukan urusan jual (Sell) atau pun beli (Buy).

Sekiranya anda bercadang untuk melakukan urusan sell, bermaksud anda jual matawang base dan beli matawang quote. Dalam situasi ini, anda mengharapkan yang matawang Base akan turun beberapa unit dan akan menbelinya semula dengan harga yang lebih murah. Istilah lain untuk SELL=SHORT.

Sebaliknya sekiranya anda bercadang untuk melakukan urusan buy, bermaksud anda beli matawang base dan jual matawang quote. Dalam situasi ini pula anda mengharapkan yang nilai matawang base akan naik beberapa unit dan akan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi. Istilah lain untuk BUY=LONG.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet

Matawang Base / Quote?

Di dalam urusniaga FOREX matawang akan diniagakan secara berpasangan. Contohnya USD/GBP. Ini adalah kerana setiap urusniaga akan melibatkan 2 jenis urus niaga secara serentak iaitu pembelian suatu matawang dan juga penjualan suatu matawang negara yang berbeza. Kedua-dua pasangan ini dikenali sebagai Forex Quote. Lihat contoh berikut:

GBP/USD = 1.7500

USD adalah dikenali sebagai Base Currency manakala GBP adalah Quote Currency.

Sekiranya anda bercadang untuk membeli (buy), bermaksud berapa banyak unit quote currency yang anda perlukan untuk membeli 1 unit base currency. Dalam contoh di atas anda perlukan $1.75 USD untuk membeli 1 unit British pound.

Sebaliknya sekiranya anda bercadang untuk menjual (sell), bermaksud berapa banyak jumlah unit quote currency yang anda dapat dengan menjual 1 unit base currency. Melalui contoh diatas anda akan memperolehi $1.75 USD dengan setiap jualan 1 British pound.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex II | | No Comments Yet