Ciyanz’s Weblog

Asas-asas Forex

Adakah Kekayaan Boleh Dicapai melalui FOREX

YA dan TIdak.

Sejak bergiat dalam pasaran FOREX saya telah menemui ramai orang yang mempunyai pengalaman dalam FOREX. Ramai diantara mereka telah berjaya sehingga mampu mencapai $1500 USD setiap hari malah ada yang mampu mencapai sehingga $3000 sehari. Walau bagaimanapun ramai juga diantara mereka yang telah kerugian beribu-ribu malah berpuluh-puluh ribu semata-mata kerana FOREX. Itu semua bergantung pada anda. Sekiranya ada semangat dan usaha ianya bukan suatu perkara yang mustahil. Paling penting sekali adalah ILMU. Pastikan ilmu didada mencukupi sebelum melakukan sebarang urusniaga. Jangan sesekali cepat berputus asa.

Ada seorang trader yang saya kenal. Beliau telah mula bergiat dalam pasaran FOREX selama lebih kurang 3 tahun. Sehingga kini beliau mampu untuk mencapai beribu-ribu USD hanya dalam masa sehari. Walau bagaimanapun menurut beliau, sebelum mencapai tahap sebegini beliau pernah mencatatkan kerugian sebanyak RM16000. Berkat usaha dan semangat yang gigih beliau akhirnya  berjaya mencapai sehingga ke tahap sebegini.

Memang tidak dinafikan untuk berjaya dalam forex kena ada pengorbanan. Pada pandangan saya untuk menjadi trader yang berjaya perlu melalui beberapa proses:

1. Dapatkan seberapa banyak maklumat-maklumat percuma di dalam internet.

2. Sertai forum-forum perbincangan mengenai forex yang banyak di internet.

3. Cari guru yang betul-betul membantu dan mempunyai kreabiliti. Tanya komen para peserta forum untuk mengetahui guru-guru yang baik. Saya tekankan pada bahagian ini. Ini kerana belajar perlu ada guru. Pembacaan sahaja adalah tidak mencukupi. Jangan syok sendiri. Tidak dinafikan kelas-kelas forex memang agak mahal. Tetapi saya rasa itu adalah lebih baik berbanding kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

4. Latihan menggunakan demo akaun terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya selama 3 – 6 bulan. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, kita akan merasa cepat bosan sekiranya hanya berlatih menggunakan demo akaun. Lagi pun berlatih menggunakan demo akaun kurang feel :P Oleh itu saranan saya buka mana-mana akaun yang membenarkan kita memasukkan wang deposit yang kecil. Selepas itu masukkan wang seminimum yang mungkin. Contohnya $25 – $50 USD. Selepas itu, selang selikan latihan dengan menggunakan demo akaun dan real akaun. Kenapa saya katakan begini, secara terus terang saya katakan latihan menggunakan demo akaun adalah berlainan dengan menggunakan real akaun. Berlatih menggunakan real akaun menjadikan korang lebih berhati-hati.

Peringatan untuk trader newbies – bersedia menghadapi serangan dan kejutan perasaan yang tidak pernah korang alami sebelum ini ketika berlatih mengunakan real akaun :P

5. Latihan disiplin. Jangan tamak. Buat sasaran target anda setiap hari atau minggu. Kita akan bincangkan perkara ini di masa akan datang.

6. Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Contohnya berangan-angan nak berhenti kerja selepas berjaya dalam forex. Nak beli itu ini dan macam-macam. Ini hanya akan menjadikan korang stress sekiranya mengalami kerugian terutama kerugian yang pertama, kedua dan ketiga. Anggaplah FOREX ini hanya satu hobi sahaja buat permulaan. Jangan menganggapnya terlalu serius. Buat apa yang termampu sahaja. Lakukan kehidupan seharian seperti biasa sahaja. Dan jangan sebar-sebarkan kepada sesiapa pun contohnya sahabat handai ataupun keluarga anda yang anda telah menceburkan diri dalam forex terutama yang tidak tahu menahu langsung mengenai forex. Kerana ini adalah punca kestressan anda. Percayalah mereka semua hanya akan “boom” anda mengenai perkara ini. Saya ada pengalaman dan saya tahu :P Hanya bagitahu setelah anda menjadi trader yang berjaya. Itupun kalau korang rasa perlu.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Kos Yang Diperlukan

Mahal?

Murah?

Bergantung pada broker pilihan anda. Ada yang murah dan ada yang mahal. Sesetengah broker ada yang mensyaratkan minimum deposit sebanyak $5000 USD, $1000 USD, $500 USD, $300 USD, $100 USD dan $25 USD juga ada. Malah ada sesetengah broker menyediakan wang permulaan sebanyak $5.00 USD sebagai ganjaran sekiranya membuka akaun anda dengan mereka.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Keperluan UrusNiaga FOREX

  • Komputer / Laptop
  • Sambungan kepada Internet (Internet Acess)
  • ILMU

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Kelebihan FOREX Berbanding Saham

  • Tiada Komisien
  • Kos transaksi yang rendah
  • Transaksi jual beli sangat pantas (real-time)
  • Kecairan pasaran sangat tinggi. Dengan hanya mengklik pada butang tetikus kita sudah boleh melakukan sebarang urusan jual atau pun beli untuk mana-mana matawang pilihan tanpa sekatan. Boleh menutup urus niaga secara automatic sekiranya target keuntungan dicapai (limit order) ataupun sekiranya tahap kerugian tertentu dicapai (stop loss order).
  • Kelebihan levarage yang tinggi dengan modal kecil. Dengan modal yang kecil, trader dibenarkan untuk mengawal nilai matawang yang lebih besar berdasarkan levarage yang diberikan. Contohnya leverage 1:200. Dengan deposit sebanyak USD50 seorang trader dibenarkan untuk mengawal sejumlah $50000 USD.
  • Urusniaga adalah secara terus tanpa menggunakan pihak ketiga.
  • Pasaran 24 jam sehari untuk 5 hari seminggu (Isnin – Jumaat)
  • Pasaran secara 2 hala. Keuntungan boleh dicapai sama ada nilai matawang sesebuah negara naik(long) mahupun turun(short).
  • Tidak dikawal oleh mana-mana negara, individu ataupun organisasi.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Bilakah Masa Untuk Melakukan Urusniaga?

Secara ringkasnya pasaran forex berlaku selama 24 jam sehari selama 5 hari dalam seminggu (Isnin – Jumaat). Sabtu dan Ahad pasaran forex tidak diniagakan.

Dalam tempoh 24 jam pasaran FOREX akan dibuka dan ditutup secara berselang seli oleh setiap negara secara berterusan tanpa henti. Lihat gambar rajah di bawah.

Waktu Urus Niaga Pasaran FOREX

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Apakah Jenis Matawang Yang Diniagakan?

Terdapat pelbagai jenis matawang yang diniagakan di dalam forex. Tetapi yang sering menjadi pilihan untuk diniagakan ialah:

 

Simbol Negara Matawang Nickname
USD United States Dollar Buck
EUR Euro members Euro Fiber
JPY Japan Yen Yen
GBP Great Britain Pound Cable
CHF Switzerland Franc Swissy
CAD Canada Dollar Loonie
AUD Australia Dollar Aussie
NZD New Zealand Dollar Kiwi

 

Simbol yang digunakan untuk setiap matawang merupakan 3 huruf dimana 2 huruf pertama adalah huruf-huruf daripada negara matawang dan huruf ketiga merupakan huruf pertama untuk jenis matawang yang digunakan. Contohnya NZD NZ=New Zealand dan D=Dollar.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Bagaimana Proses UrusNiaga Dijalankan?

Berbanding dengan jenis-jenis pelaburan yang lain, keuntungan dalam Forex boleh diperolehi sama ada nilai sesebuah matawang sesebuah negara naik ataupun turun.

Contoh (USD/JPY):

Dalam contoh pair diatas kita mengagakkan matawang USD akan naik berbanding matawang Jepun berdasarkan faktor-faktor tertentu yang akan kita bicangkan nanti. Oleh itu, untuk mendapatkan keuntungan kita perlu membeli (dalam istilah forex dipanggil BUY) matawang usd. Sebaliknya sekiranya kita mengagakkan matawang USD akan jatuh berbanding Yen kita akan menjual (dalam istilah forex dipanggil SELL) matawang USD.

Untuk lebih mudah kita ambil contoh kisah dibawah:

Bahagian I:

Seorang rakan telah bercadang untuk melancong ke US. Oleh itu dia telah mengambil keputusan untuk menukarkan sejumlah wang Malaysia kepada US dollar. (Untuk memudahkan pengiraan kita anggapkan nilai wang yang hendak ditukar ialah $100 USD). Pada masa itu tukaran wang Malaysia berbanding US dollar ialah RM3.20 untuk $1.00 US dollar.

Bahagian II:

Malangnya disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan rakan ini terpaksa membatalkan hasrat untuk melancong. Oleh itu rakan ini bercadang untuk menukar semula matawang US dollar tadi kepada matawang Malaysia. Pada masa ini kadar matawang malaysia ialah RM3.70 untuk $1.00 USD.

Rumusan:

Bahagian I:

RM3.20 x $100 USD = RM320

Bahagian II:

$100 USD x RM3.70 = RM370

RM370 – RM320 = RM50

Disebabkan perbezaan kadar tukaran matawang tersebut rakan ini telah memperolehi keuntungan sebanyak RM50.

Konsep perniagaan dalam FOREX adalah lebih kurang seperti kisah di atas.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Apakah Yang Diniagakan Dalam Forex?

Matawang.

Secara ringkasnya perniagaan forex adalah berlaku secara 2 hala serentak iaitu:

1. Membeli matawang sesebuah negara dan

2. Menjual matawang sesebuah negara yang lain ataupun sebaliknya.

Oleh itu setiap matawang akan dipasangkan (pair) dengan matawang yang lain. Seperti contoh EURO dollar dengan US Dollar (EUR/USD) ataupun British Pound (GBP) dan Japanese Yen (JPY) (GBP/JPY).

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | No Comments Yet

Apakah itu Forex?

Forex = Foregin + Exchange = Tukaran matawang asing.

Merupakan suatu bentuk perlaburan paling terbesar dunia berbanding bentuk pelaburan-pelaburan yang lain. Jumlah pelaburan di dalam forex adalah melebihi USD2.5 trilion sehari. Pergerakan pasaran dalam forex berlaku selama 24 jam sehari selama 5 hari seminggu iaitu Isnin – Jumaat.

July 5, 2008 Posted by ciyanz | Asas Forex | | 1 Comment