Inverted Hammer & Shooting Star
Sebenarnya kedua-dua candle ini sama sahaja seperti hammer dan hangging man. Konsep yang sama cuma bentuk yang berbeza. Sila lihat gambarajah di bawah:
Inverted Hammer

Shooting Star
Nampak kan persamaannya. Inverted hammer ni merupakan signal ataupun tanda-tanda kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend. Manakala shooting star pula merupakan tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.
Kenapa inverted hammer boleh berlaku? Ini kerana pada masa ini BUYER telah mula menguasai pasaran. Walau bagaimanapun SELLER berusaha untuk mengambil alih pasaran. Tetapi akhirnya BUYER tetap berjaya mendahului pasaran pada masa-masa akhir sebelum candle yang baru muncul.
Kenapa shoooting star boleh berlaku? Kisahnya adalah berlawanan dengan di atas. Yang mana pada mulanya SELLER telah berjaya menguasai pasaran tetapi cuba di ambil alih oleh BUYER tetapi akhirnya pada masa-masa akhir SELLER berjaya menguasai pasaran sebelum candle baru muncul.
Hammer & Hanging Man
Hammer dan Hanging Man mempunyai bentuk yang agak sama tetapi keadaan yang berbeza. Biasanya Hammer dan Hanging Man mempunyai body yang kecil dan lower shadow yang panjang. Manakala Upper Shadow sangat pendek ataupun tidak kelihatan langsung. Lihat gambar rajah di bawah:
Hammer
Hanging Man
Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh membezakan di antara Hammer dan Hanging Man. Sekiranya Hammer muncul semasa downtrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada uptrend. Sebaliknya sekiranya Hanging Man muncul semasa uptrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada donwtrend.
Doji
Bentuk-bentuk doji:
Doji ini terjadi disebabkan open price dan close price mempunyai harga pasaran yang sama dalam tempoh masa tertentu. Dalam keadaan ini BUYER dan SELLER tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Kedua-dua saling bersaing menyebabkan harga pasaran turun dan naik tetapi akhirnya kembali semula pada harga open price. Terdapat beberapa perhatian yang perlu diambil sekiranya doji muncul dalam chart.
Perhatikan gambarajah di bawah:
Sekiranya doji muncul selepas candlelistick putih (kosong) yang panjang ia mengambarkan keadaan BUYER yang sudah semakin kurang. Bagi meneruskan trend (uptrend) lebih banyak buyer diperlukan malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Dalam keadaan ini berkemungkinan SELLER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.
Perhatikan pula gambarajah di bawah:
Sekiranya doji muncul selepas long black candlestick mengambarkan keadaan SELLER yang semakin berkurangan dan untuk meneruskan trend (downtrend) lebih ramai SELLER diperlukan. Walau bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Berkemungkinan BUYER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.
Marubozu
White Marubozu bermaksud harga tertinggi (High price) adalah sama dengan close price manakala harga terendah (low price) adalah sama dengan Open price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh BUYER. Ini merupakan signal ataupun petanda kuat yang menunjukkan bahawa trend market akan terus berada dalam keadaan uptrend ataupun berubah kepada uptrend.
Black Marubozu pula bermaksud harga tertinggi adalah sama dengan open price dan harga terendah sama dengan close price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh SELLER. Ini pula merupakan signal atau petanda kuat yang menunjukkan arah trend akan berterusan downtrend ataupun bertukar kepada downtrend.
Spinning Tops

Bentuk candlesticks di atas dikenali sebagai Spinning Tops. Di mana dalam keadaan ini candlestick mempunyai body yang kecil. Situasi ini mengambarkan kekurangan aktiviti BUYER dan juga SELLER. Warna di dalam body adalah diabaikan. Sekiranya candlestick jenis ini keluar semasa trend pasaran adalah uptrend (BUY) maka berkemungkinan trend pasaran akan berubah kepada downtrend (SELL). Ini disebabkan keadaan aktiviti BUYER yang telah berkurangan. Dan sebaliknya sekiranya candlestick ini keluar semasa trend pasaran downtrend maka berkemungkinan arah pasaran akan berubah kepada uptrend.
Candlesticks
Candlesticks Bar:
Candlestick merupakan salah satu kaedah yang sangat digemari oleh ramai trader. Ini kerana candlestick memberikan banyak informasi berguna kepada trader. Antara informasi-informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah:
Real Body:
- sekiranya real body kosong (tidak berwarna) ini bermaksud close price adalah lebih tinggi berbanding open price. (BUY – Bullish)
- Real body yang berwarna hitam pula bermaksud close price adalah lebih rendah berbanding open price. (SELL – Bearish)
- High pula merupakan harga pasaran tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
- Low pula merupakan harga pasaran terendah yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
- Open merupakan harga pasaran dibuka.
- Close pula merupakan harga pasaran ditutup.
- Satu lagi informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah informasi melalui Upper Shadow dan juga Lower Shadow. Ini akan kita bicangkan selepas ini.
Terdapat bermacam-macam bentuk body candlestick. Ada yang panjang dan juga pendek. Bentuk-bentuk ini juga memberikan beberapa informasi penting:
- Bentuk body yang panjang dan kosong (tidak berwarna) bermaksud keadaan pasaran adalah lebih kepada Buyer. Semakin panjang body maka semakin jauh close price berada di atas open price.
- Bentuk body yang panjang dan berisi (hitam) bermaksud keadaan pasaran lebih kepada seller. Semakin panjang body candlestick semakin jauh close price berada di bawah open price.
- Bentuk body candlestick yang pendek sama ada kosong atau berisi pula bermaksud jumlah buyer dan seller yang kurang aktif ataupun sedikit.
Bentuk-bentuk Shadow (Upper & Lower):
Upper shadow dan lower shodow juga mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Ada yang pendek dan ada yang panjang. Semua ini juga membawa beberapa maksud yang tersendiri.
- Shadow yang panjang menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu berada jauh diatas ataupun dibawah daripada nilai open price dan juga close price.
- Shadow yang pendek pula menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu sentiasa berada di sekitar nilai open price dan juga close price.
Perhatikan gambar rajah dibawah:
- Sekiranya candlestick mempunyai Upper shadow yang panjang dan Lower shadow yang pendek, bermaksud pada mulanya harga pasaran adalah lebih kepada buyer dan telah berada jauh berada di atas open price walau bagaimanapun di sebabkan oleh situasi-situasi tertentu harga pasaran telah ditolak kembali oleh Seller dan menyebabkan close price berada di bawah open price.
- Sekiranya Candlestick mempunyai Upper Shadow yang pendek dan Lower shadow yang panjang bermaksud, pada mulanya harga pasaran lebih kepada Seller dan berada jauh di bawah open price tetapi disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu menyebabkan harga ditolak kembali oleh Buyer dan seterusnya menyebabkan harga ditutup (close price) di atas open price.
-
Recent
-
Links
-
Archives
- July 2008 (28)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS












